OUR SHORT JOURNEY

Visit to Muar Kunjungan ke Muar

Tanggal 11 Februari 2025 merupakan satu hari yang penuh makna dan keberkatan bagi kami di T.H. Sharafali, apabila kami menerima kunjungan mesra daripada pihak AJK Masjid Bagan Pinang, yang diketuai oleh YBhg. Mej. Jen. (B) Dato’ Ustaz Haji Nawawi, bersama Dato’ Ibrahim, Mej. Mahbob, dan Tuan Aazam, ke showroom kami di Muar.

Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan suasana, malah memperkukuh lagi jalinan ukhuwah yang sedia terjalin. Setelah meneliti dan berbincang bersama, pihak AJK telah membuat keputusan muktamad untuk memilih karpet jenis Marrakesh 4 Million berwarna Gold bagi Masjid mereka yang sedang dalam proses renovasi.

Sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan persahabatan yang terjalin, kami berbesar hati menjamu rombongan dengan hidangan istimewa asam pedas Muar di sebuah restoran terkemuka, sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana santai dan mesra.

Sesungguhnya, kami bersyukur atas peluang ini dan amat menghargai hubungan baik yang terjalin. Semoga segala urusan Masjid dipermudahkan dan diberkati, insyaAllah.

https://wa.me/message/LA5T6YCRECNFE1

#KarpetMasjidMalaysia

#KarpetGoldSurau

#PemasanganKarpetMuar

#InfakKarpetSurau

#TukangKarpet

#TukarKarpetMasjid

#KarpetMarakresh4MILLGold

#PakarKarpetIslamik

#solat#berjemaah #karpet #pasangkarpet #karpetsurau #karpetmasjid #surau #karpetcantik #karpettahanlama #karpetberkualiti #MASJIDBAGANPINANGPORTDICKSON #KARPETMARRAKESH4MILL #KARPETGOLD










Gallery

Watch Video