Our Journey
T.H. SHARAFALI Carpet – Tukar Karpet Surau Mahmoodiyah, Kg Seri Makmur, Pagoh
Alhamdulillah, satu lagi rumah Allah dimuliakan!
Surau Mahmoodiyah Kg Seri Makmur, berhampiran Pekan Pagoh, Johor, telah memohon bantuan kepada YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, untuk menukar karpet surau mereka yang telah usang sejak lebih 8 tahun.
T.H. SHARAFALI Carpet, pembekal dan pakar pemasangan karpet masjid dan surau di Johor, telah dipanggil untuk membuat pengukuran serta memberikan sebutharga. Setelah berbincang, Pengerusi Surau Tn. Noraman bersama AJK memilih Karpet Jenis Nabawi Raudah warna hijau, corak bunga menjalar yang indah, memberikan suasana yang tenang dan menjadikan qariah lebih khusyuk ketika sujud.
Dengan izin Allah, lori dan team kami tiba tepat pada waktunya. Proses pemasangan karpet surau ini siap dalam masa hanya sehari sahaja. Pasukan kami turut membantu membersihkan kawasan surau selepas pemasangan, supaya jemaah dapat terus menunaikan solat dalam keadaan yang bersih dan selesa.
Alhamdulillah, Pengerusi dan AJK Surau amat berpuas hati dengan hasil kerja team kami, lalu memberikan review 5 bintang kepada T.H. SHARAFALI Carpet.
📖 Firman Allah ﷻ:
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah; maka merekalah yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah At-Taubah: 18)
🕌 Sabda Rasulullah ﷺ:
“Barangsiapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
✨ T.H. SHARAFALI Carpet mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Surau Mahmoodiyah atas kepercayaan ini. Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah yang berterusan.

SURAU MAHMOODIYAH, KG SERI MAKMUR PAGOH MUAR, JOHOR KARPET AL NABAWI WARNA HIJAU CR