Our Journey

T.H. SHARAFALI Carpet – Pemasangan Karpet Baru di Madrasah Al-Falah, Parit Seri, Pt Jawa

Alhamdulillah, satu lagi pusat ilmu dan ibadah dimuliakan dengan karpet baru.


Madrasah Al-Falah, Parit Seri, Pt Jawa merupakan sebuah pusat pembelajaran yang bukan sahaja mendidik anak-anak, tetapi juga menjadi tempat menimba ilmu untuk penduduk dewasa di sekitar Kg Parit Seri. Dengan amanah sumbangan ikhlas daripada penginfak Tn. Hj. Daud Ahmad, selaku Pengerusi Madrasah, beliau bersama AJK berkunjung ke showroom T.H. SHARAFALI Carpet, pembekal utama karpet masjid dan surau di Malaysia.

Selepas perbincangan, mereka memilih karpet jenis Nabawi Green, corak bunga menjalar yang indah, membawa suasana yang damai serta menambahkan kekhusyukan jemaah dalam ibadah.

Pasukan kami melakukan pengukuran dan menetapkan tarikh penghantaran. Beberapa hari kemudian, lori membawa karpet bersama span tiba seiring dengan team pemasangan. Karpet lama dilupuskan, kawasan dibersihkan, lalu bermulalah pemasangan karpet baru dengan kemas dan rapi.


Alhamdulillah, dengan izin Allah, kerja pemasangan berjalan lancar dan disiapkan dalam tempoh yang singkat. Pengerusi Madrasah bersama AJK sangat berpuas hati dengan hasil kerja, lalu memberikan penghargaan dan kepercayaan kepada pasukan T.H. SHARAFALI Carpet.

📖 Firman Allah ﷻ:
Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah: 261)

Semoga setiap sujud, setiap bacaan Al-Quran, dan setiap majlis ilmu di Madrasah ini menjadi pahala berterusan buat semua yang terlibat dalam usaha memakmurkan rumah Allah

👉 Jika anda juga ingin lihat perubahan indah di surau atau masjid anda, hubungi kami sekarang:

📲 https://wa.me/message/LA5T6YCRECNFE1

#KarpetSurau #KarpetMasjid #KarpetHijau #KarpetAlNabawi #MadrasahAlFalahSeriLapis # #ParitJawaMuar #PasangKarpetSurau #InfakKarpet #THSharafaliCarpet

MADRASAH AL-FALAH SERI LAPIS PARIT JAWA, MUAR AL NABAWI WARNA HIJAU


MADRASAH AL-FALAH SERI LAPIS PARIT JAWA, MUAR AL NABAWI WARNA HIJAU


MADRASAH AL-FALAH SERI LAPIS PARIT JAWA, MUAR AL NABAWI WARNA HIJAU


MADRASAH AL-FALAH SERI LAPIS PARIT JAWA, MUAR AL NABAWI WARNA HIJAU

Gallery

Watch Video