ABOUT OUR JOURNEY

Madrasah Sirajul Islam

Madrasah Sirajul Islam terletak di Pekan Simpang Renggam di tepi jalan besar.
Ianya juga menempatkan sebuah surau, madrasah dan pejabat urusan.
Surau Madrasah siap dipasang karpet oleh pembekal lain tetapi atas beberapa sebab tidak dapat meneruskan penambahan karpet yang diperlukan.
Kami dipanggil dan meneliti kerja kerja tambahan yang melibatkan sambungan karpet jenis yang sama dan juga pemasangan karpet tiles jenis Basic Essential Tiles yang berkelulusan SIRIM untuk pejabat urusan mereka.
Selepas kerja pengukuran kawasan dijalankan kami menganjurkan sebutharga kami pada pihak jawatankuasa Surau melalui Setiausaha surau Tn Sulaiman.
Selepas berbincang di hujung minggu pihak surau menerima sebutharga kami.
Kami menghantar karpet Surau dan karpet pejabat dengan lori sewa khas dan pemasangannya berjalan selang sehari kemudian.
Team kali ini adalah inhouse kami diterajui oleh Md Nasir Staff senior Kami.
Kerja kerja berjalan seharian walaupun musim hujan yang melengahkan gam untuk kering segera.
Alhamdulilah Tn Sulaiman amat puas hati dengan kerja kami.

https://wa.me/message/LA5T6YCRECNFE1

#plain #officecarpet #karpet #pasangkarpet #karpetoffice #karpettile #karpetcantik #MUAR #JOHOR #MADRASAHSIRAJULISLAM #blue #CARPETTILESESSENTIALBUDGETSIRIM #TAHFIZRAUDAHWARNABIRU #KARPETSURAU #KARPETMASJID