Our Journey
Persiapan Ruang Solat di Maybank Cawangan Cheng, Melaka
Tuan Hazri Bin Rahman baru sahaja berpindah dari Johor Bahru untuk memegang jawatan sebagai Pengurus Baharu Malayan Banking Berhad (Maybank) Cawangan Cheng, Melaka. Menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak, beliau berniat untuk menyediakan ruang solat yang selesa bagi staf lelaki dan perempuan yang beragama Islam.
Memandangkan beliau pernah membeli karpet rumah daripada kami sebelum ini, tanpa ragu beliau terus menghubungi kami untuk kerja-kerja pemasangan karpet bagi bilik solat di cawangan baharu ini.
Kami menjemput beliau ke showroom kami untuk menilai sendiri pilihan karpet yang sesuai. Setelah meneliti beberapa pilihan, beliau memilih karpet jenis Crown Salima berwarna coklat muda sebagai pilihan utama.
Proses pemasangan dijalankan oleh pasukan kami pada waktu malam, dan kerja-kerja tersebut berjaya disiapkan dalam beberapa jam sahaja. Keesokan paginya, Tuan Hazri datang memeriksa hasil pemasangan dan beliau amat berpuas hati dengan kerja yang telah kami jalankan.
Alhamdulillah, satu lagi projek selesai dengan baik! Terima kasih kepada Tuan Hazri atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.
Hubungi kami untuk projek pemasangan karpet di masjid atau Surau anda
https://wa.me/message/LA5T6YCRECNFE1
#solat #berjemaah #karpet #pasangkarpet #karpetsurau #karpetmasjid #surau #karpetcantik #karpettahanlama #karpetberkualiti #SURAUMAYBANKCHENG #BRANCHMELAKA #brown #karpetkcrownsalimabrown